Sunday, May 24, 2015

Beri Terbaik, Dari Hati - Kesungguhan


Apabila dijemput untuk mengadakan latihan kepada kakitangan-kakitangan sesebuah organisasi, ia merupakan perkara penting kepada saya dan syarikat.

Lazimnya, modul akan dirangka berdasarkan keperluan syarikat klien yang inginkan sesuatu modul itu bersesuaian dengan keperluan syarikat. Maka, perbincangan diadakan bagi memastikan keperluan itu dipenuhi.

Ia memerlukan masa bagi menganalisa:
1)   Objektif
2)   Diagnos perkara utama / masalah yang ada
3)   Susun flow modul berdasarkan solusi yang dicadangkan
4)   Pengesahan (sekiranya diminta oleh klien sebelum latihan)

Modul tidak boleh kaku. Ia perlu dikemaskini setiap masa dan ia perlu pada kelainan. Ilmu dan skil seorang perunding/jurulatih adalah kritikal bagi memastikan tiada ulangan yang sama pada setiap program yang dijalankan. Jika ada peserta berulang pada program bersiri, maka syaratnya beliau akan mendapat ilmu baru dan lebih segar (jika ia adalah recharge baginya).

Syarat penting kepada trainer SB Image Consultant adalah:
1)   Ketepatan Masa – kami perlu berada satu jam lebih awal daripada masa bermula.
2)   Peserta adalah vip bagi kami – Trainer dan krew yang menunggu peserta dan bukan sebaliknya
3)   Jika ada kelewatan, maklumkan segera bagi mengelakkan keresahan peserta.
4)   Nota dan presentasi slide adalah melengkapkan sesama sendiri dan bukannya sama.
5)   Memberi lebih daripada sangkaan klien. (beyond expectation)

Dalam berkongsi ilmu, kita bukanlah sebagai orang yang tahu semua perkara, namun ia juga membuatkan kita belajar sesuatu daripada peserta.
Memberi dengan hati adalah berlainan dengan memberi dengan sekadar memberi. Ia lebih kepada berkongsi dan menyampaikan dan memindahkan skil yang ada dan bersesuaian dengan kehendak.



Muna Fadzil
Perunding Anda

Tuesday, May 19, 2015

MERUNDING BUKAN MENYURUH: “Beri Khabar Gembira”





Mencintai bidang imej ini sejak muda tidak pernah padam. Walaupun bidang dipelajari adalah bidang guaman dan bekerja dalam bidang yang sama, namun minat di dalam penampilan sentiasa membuak-buak dalam diri.

Proses menjadi perunding imej bermula dengan penulisan di mana pada awal dahulu, dimulakan dengan blog Seanggun Bidadari dalam tahun 2008. Seterusnya dalam tahun yang sama, dijemput oleh organisasi dan agensi kerajaan/swasta untuk berkongsi tip dalam ceramah dan latihan-latihan (training) di atas nama Seanggun Bidadari. Saya gembira dapat memberikan perkongsian dalam apa yang saya suka.

Saya dapati setelah bidang ini dijalankan sepenuh masa, ia dapat memberi persepsi lain kepada diri sendiri. Dengan pentauliahan yang diambil daripada Akademi Perunding Imej Profesional pada tahun 2011, dan saling bertukar pengalaman dengan Jurulatih APIP, Puan Mary Anni dan sahabat-sahabat yang lain, saya percaya bahawa apa yang telah saya lakukan tiga tahun sebelum ini adalah di jalan yang betul.

Merunding klien samada dalam konsultansi atau dalam training, dengan apa yang mereka mahukan dalam perubahan diri mengajar kita untuk melakukan perkara yang betul untuk mereka. Saya dapati orang yang dirunding lazimnya mempunyai watak dan kesukaan tersendiri. Apa yang dicadangkan kadang-kadang bukanlah sesuatu yang disukainya.

Sebagai perunding, kita memberikan: 
1) Informasi kepada klien apa yang betul apa yang tidak dengan kesesuaian dirinya;
2)   Maklumat tambahan berkenaan proses untuk perubahan diri;
3)   Cadangan dan teknik penyelesaian kepada masalah yang ada pada dirinya; dan
4)   Bantuan visual untuk memantapkan pemahaman

Sekiranya, keempat-empat di atas tidak dijalankan, klien seolah-olah akan berasanya disuruh untuk melakukan perubahan.  Mereka akan merasakan dipaksa untuk buat itu dan ini tanpa mereka tahu apa sebab mereka perlu buat begitu.

Ada masanya cadangan yang diberikan tidak diterima oleh klien.  Sebagai perunding, apa yang perlu dilakukan? Adakah memaksa sehingga mereka faham ataupun menurut sahaja apa yang mereka mahu? Sedangkan kita dibayar untuk konsultansi.

Ya, dalam keadaan ini, kita merujuk kepada personal preference mereka. Ada kengkangan mereka yang tidak dapat menerima secara terus atau drastik perubahan yang dicadangkan. Sebagai perunding langkah-langkah berikut akan membuatkan kedua belah pihak puas hati.

1)   Mencadangkan perkara yang lebih dekat dengan sikap dan personaliti mereka;
2)   Berikan mereka ruang untuk melakukan secara minimal;
3)   Minta mereka lakukan apa yang mudah dahulu buat mereka; dan
4)   Teruskan memberi informasi kepada klien apa yang terbaru dan terkini.

Semoga penulisan dalam blog ini membantu mereka di luar sana untuk membina kerjaya sebagai perunding latihan samada dalam apa jua fokus sekalipun. Merunding adalah skil dan ia perlu dilatih. Teruskan keyakinan diri, semoga lebih berjaya.

Muna Fadzil
Perunding Anda




(Foto: Puan Muna Fadzil dan Puan Salwa Fadzil, perunding SB Consultant (dahulunya adalah dikenali sebagai Seanggun Bidadari)