Tuesday, May 19, 2015

MERUNDING BUKAN MENYURUH: “Beri Khabar Gembira”





Mencintai bidang imej ini sejak muda tidak pernah padam. Walaupun bidang dipelajari adalah bidang guaman dan bekerja dalam bidang yang sama, namun minat di dalam penampilan sentiasa membuak-buak dalam diri.

Proses menjadi perunding imej bermula dengan penulisan di mana pada awal dahulu, dimulakan dengan blog Seanggun Bidadari dalam tahun 2008. Seterusnya dalam tahun yang sama, dijemput oleh organisasi dan agensi kerajaan/swasta untuk berkongsi tip dalam ceramah dan latihan-latihan (training) di atas nama Seanggun Bidadari. Saya gembira dapat memberikan perkongsian dalam apa yang saya suka.

Saya dapati setelah bidang ini dijalankan sepenuh masa, ia dapat memberi persepsi lain kepada diri sendiri. Dengan pentauliahan yang diambil daripada Akademi Perunding Imej Profesional pada tahun 2011, dan saling bertukar pengalaman dengan Jurulatih APIP, Puan Mary Anni dan sahabat-sahabat yang lain, saya percaya bahawa apa yang telah saya lakukan tiga tahun sebelum ini adalah di jalan yang betul.

Merunding klien samada dalam konsultansi atau dalam training, dengan apa yang mereka mahukan dalam perubahan diri mengajar kita untuk melakukan perkara yang betul untuk mereka. Saya dapati orang yang dirunding lazimnya mempunyai watak dan kesukaan tersendiri. Apa yang dicadangkan kadang-kadang bukanlah sesuatu yang disukainya.

Sebagai perunding, kita memberikan: 
1) Informasi kepada klien apa yang betul apa yang tidak dengan kesesuaian dirinya;
2)   Maklumat tambahan berkenaan proses untuk perubahan diri;
3)   Cadangan dan teknik penyelesaian kepada masalah yang ada pada dirinya; dan
4)   Bantuan visual untuk memantapkan pemahaman

Sekiranya, keempat-empat di atas tidak dijalankan, klien seolah-olah akan berasanya disuruh untuk melakukan perubahan.  Mereka akan merasakan dipaksa untuk buat itu dan ini tanpa mereka tahu apa sebab mereka perlu buat begitu.

Ada masanya cadangan yang diberikan tidak diterima oleh klien.  Sebagai perunding, apa yang perlu dilakukan? Adakah memaksa sehingga mereka faham ataupun menurut sahaja apa yang mereka mahu? Sedangkan kita dibayar untuk konsultansi.

Ya, dalam keadaan ini, kita merujuk kepada personal preference mereka. Ada kengkangan mereka yang tidak dapat menerima secara terus atau drastik perubahan yang dicadangkan. Sebagai perunding langkah-langkah berikut akan membuatkan kedua belah pihak puas hati.

1)   Mencadangkan perkara yang lebih dekat dengan sikap dan personaliti mereka;
2)   Berikan mereka ruang untuk melakukan secara minimal;
3)   Minta mereka lakukan apa yang mudah dahulu buat mereka; dan
4)   Teruskan memberi informasi kepada klien apa yang terbaru dan terkini.

Semoga penulisan dalam blog ini membantu mereka di luar sana untuk membina kerjaya sebagai perunding latihan samada dalam apa jua fokus sekalipun. Merunding adalah skil dan ia perlu dilatih. Teruskan keyakinan diri, semoga lebih berjaya.

Muna Fadzil
Perunding Anda




(Foto: Puan Muna Fadzil dan Puan Salwa Fadzil, perunding SB Consultant (dahulunya adalah dikenali sebagai Seanggun Bidadari)

No comments:

Post a Comment